Doa berbuka puasa oleh gita gutawa.Selamat berbuka puasa!Malam nt jgn lupa terawih lak...

Read More
Posted by Mohamad Rahmat bin Densibali on Friday, September 12, 2008
0 comments
categories: | edit post




Syukur pada tuhan,nikmat usia yang diberikan,dapat lagi aku bertemu dengan ramadhan tahun ni.Seperti tahun2 yang sudah,aku harap ramadhan yang kali ni lebih baik drpd yang sudah2.Ramadhan pertama kat taman ilmu dan budi ni mmg banyak dugaannya.Ntahla,dengan klas yang dah byk sgt skip,assignment tertangguh,m...x patut ramadhan dijadikan alasan untuk tidak menjadi produktif.ish..lemahnya aku ni.moga Allah bagi kekuatan tuk hamba menghadapi semua ni.

p/s:exam drawing itu tidak best!!

Read More
Posted by Mohamad Rahmat bin Densibali on
0 comments
categories: | edit post






SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera dan pelajar asing bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar. Katanya, tindakan tersebut wajar dan bertepatan dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar dari golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing serta kompeten dengan arus semasa. “UiTM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra (serasi) dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. “Malah, ia diyakini dapat menjadikan graduan UiTM lebih mahir dan berupaya untuk berhadapan dengan persaingan dari kaum bukan Bumiputera," katanya selepas menyertai ‘Fun Walk’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Adidas di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mengenai keperluan UiTM dibuka kepada semua kaum bagi mewujudkan persaingan yang sihat seperti yang dilaporkan Sinar Harian. Khalid yang menyokong kenyataan Dr Halimah berkata, tindakan untuk membuka kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke dalam UiTM adalah langkah berpandangan jauh bagi menjadikan semua institusi pengajian tinggi (IPT) di Selangor lebih mesra kepada semua kaum tanpa mengira etnik mahupun agama yang dianuti. “Saya rasa itu bukan persoalan yang penting kerana UiTM telah diwujudkan sebagai satu institusi yang cuba mempertingkatkan penglibatan orang Melayu dan masyarakat Bumiputera dalam pengajian tinggi. Usaha ini kita rasakan perlu diteruskan, cuma dengan cara yang lebih global dan terbuka,” katanya.
The heat of UIA 24th convocation ceremony is coming. From the discussion in Yahoo group I have come to know that they have released the website on this year’s convo. Okay, this time quite a helpful website. Unfortunately our faculty’s session will be on 2nd day, which means we’re not receiving scroll from the Sultan of Pahang a.k.a the Chancellor of UIA. At least someone said so. As for me, I don’t really mind if I’m not receiving my scroll from the Sultan. I wish I could be receiving my scroll from a very honorable, smart, cool person, be it a Sultan or not. Maybe Sultan of Perak is cool enough to make me proud of receiving a scroll from his highness, but he’s the Chancellor of UM, not UIA unfortunately. By the way my aunty received her scroll from Anwar Ibrahim when he was the President of UIA and Deputy PM of Malaysia. Wasn’t it cool? But this very honorable, smart, cool person is now a “refugee” in Turkish embassy thanks to this country’s shit politics. Politics that keep playing with dirty and inhumane conspiracy which makes me think twice to call myself a proud Malaysian. It’s more to be ashamed, actually. Okay, I’m getting off topic already, and I am not too smart talking about nation politics and all the craps, so let’s get back to UIA convocation.
Sooooooooo.. we’ll be the first batch of UIA graduates to be wearing this old skool mortar board! Okay, there’s pro and there’s cons to switch from Songkok to mortar board, I understand. Good thing is, mortar board makes you really look like a graduate than a Songkok does, and all graduates in all countries in this planet wear mortar board on the convocation day. But not (yet) in UIA, as Songkok is our identity since the birth of the university. So if UIA is adopting mortar board then there’s no more UIA identity and we’re no different than UM, UKM, UiTM, etc.. Hmm. Then again what’s so cool to be different?





Read More
Posted by Mohamad Rahmat bin Densibali on Tuesday, August 12, 2008
0 comments
categories: | edit post




Minggu ini exam da start.paper 1st jumaat ni calculus.Dengan assignment yang masih banyakl tertunggak,m...ntahla.Bila dipikir2kan balik,ramai lagi orang yang sibuk daripada kita,tapi masih lagi boleh membahagikan masa.Setiap orang Allah bagi 24 jam sehri,x lebih n x kurang.Kita sendiri yang tentukan camner kita gunakan masa tu.Study@berfoya2@posting kat blog?Moga lps2 ni nikmat masa yang dikurniakan Allah dpt aku gunakan sebaik2nya.Teringat hadis yang aku blja kat sek dulu2.Mafhumnya:"Dua nikmat yang manusia lalai dengannya.Nikmat sihat dan masa lapang".kepada kawan2 doakan sy.salam.

Read More
Posted by Mohamad Rahmat bin Densibali on
0 comments
categories: | edit post


egala puji dan syukur bagi ALlah dan selawat buat junjungan besar Muhammad S.A.WSaban hari cerita sensasi dan panas diwar-warkan di media elektronik dan media cetak berhubung liwat dan politik. Dalam menangani isu liwat, ia tidak sama dengan isu kenaikan minyak dan salahguna kuasa dalam politik. Berhati-hatilah wahai para sahabat-sahabat kerana isu ini amat berat sekali dan bukan mudah untuk diputuskan hukumanya di dalam islam.Jesteru itu saya mewujudkan topik baru ini agar kita tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum dalam isu DSAI tanpa memerhatikan hukuman berat yang ALlah tetapkan berbanding hukuman makamah dunia ini. Saya mengutip pandangan Ustaz Zaharudin yang mengingatkan kita agar berhati-hati membicarakan tentang liwat ini.Semoga ALlah memelihara kita dari fitnah dan menunjukkan kebenaran itu benar dan kebathilan itu bathil.Wallu'alam.----------------------------------Artikel UZAR : Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ? Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata : ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادةErtinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :- وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَErtinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).RINGKASAN SYARAT-SYARATQazf mempunyai beberapa syarat :-1) Syarat kepada penuduh : * Beraqal * Sudah baligh2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf * Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)3) Syarat orang yang dituduh * Beraqal * Baligh * Islam * Merdeka diri * BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءPara ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)Imam Malik berkata : قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Read More
Posted by Mohamad Rahmat bin Densibali on Saturday, July 5, 2008
0 comments
categories: | edit post

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1) Syarat kepada penuduh :
Beraqal
Sudah baligh
2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3) Syarat orang yang dituduh
Beraqal
Baligh
Islam
Merdeka diri
BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Read More
Posted by Mohamad Rahmat bin Densibali on
0 comments
categories: | edit post

About Me

My photo
Dilahirkan pada tanggal 9 April 1988 di Hospital Sultanah Aminah,JB.Pendidikan awal di Tadika Kemas(1994).Seterusnya Sek Keb Parit Markom(1995-2000).Sek Men Agama Kerajaan Johor(2001-2005).Sek Men Agama Tinggi(Maahad)Johor(Januari-Jun 2006).Matrikulasi UIAM(Julai 2006-April 2008).UIAM Gombak(Julai 2008-??)